Sunday, February 26, 2012

Things that make me annoyed...


are siblings really this annoying?!
-_______-"

Friday, February 24, 2012

masalah sakit pinggang

Assalamualaikum... =)

my pinggang sakit gilaaaaaaa lah these few days...='( i can't even bend to pick up things on the floor and it's atrocious whenever i try to ruku' when performing my solat (T.T)..and bila duduk dekat atas kerusi, i have to actually sit in a straight posture instead of being bongkok..memang lah to sit up straight is a good thing tapi, lama lama pinggang i akan lenguh then bila nak bongkok sikit je, i mean SIKIT JE akan rasa sakit yang amat..why ek?  should i consult the doc? i'm thinking to go for a massage bila cuti nanti if my terrible condition persist...='(

lepas tu bila dah tahu yang awak tu sakit pinggang pagi tadi pergi mendaki Bukit Besar buat apa? -_______-"...haish, what was i actually thinking to climb up that Bukit Besar?!?!in this condition?!?!memang nak cakap padan muka lah dekat diri sendiri jawabnya kan..

dah lah lepas penat penat jogging, dengan senang hati nya pergi breakfast dekat mcdonald pulak..apakah motif? buang lemak then top up lemak kekdahnye..memang tak akan nak kurus lah kan kau wawa..-_____-"

next is masalah air yang tiada kesudahannya dekat maktab ni..asal petang je tak ada air, asal tak ada air je petang wuwuwuwu...kesian dekat mak cik tau, dah lah sakit pinggang dah tu nak kena turun naik tangga cari air dekat tingkat bawah dasar tak bertimbang rasa betul!huh...

dah cukup seminggu duduk dekat maktab ni cukup untuk buat aku stress sebab masalah air yang tiada kesudahan..baru seminggu duduk maktab ni cukup berlambak dah kerja yang kena siapkan..busy busy busy..sem ni ingat nak study awal kunun sebab nak dapatkan dean list..waaahhhh, gituuuu..tak apa, kita tengok je macam mana nanti..

Tuesday, February 21, 2012

Forever 21 ~

Assalamualaikum... =)



First of all, syukur Alhamdulillah kerana saya telah diberikan peluang oleh Allah S.W.T untuk terus hidup di dunia ini selama 21 tahun, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..=') dan selama 21 tahun ni, macam-macam pengalaman yang telah saya lalui, pengalaman manis dan tidak kurang juga yang pahit..nevertheless, pengalaman tu semua lah yang telah mengajar diri ini untuk menjadi lebih matang dan berdikari dalam menghadapi cabaran di dunia ini..and i've been meeting new people in every stages of my life, kawan-kawan tadika, kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan-kawan universiti and not forgetting kawan-kawan dekat alam maya ni..and mereka-mereka ini lah yang telah mewarnai hidup ku selama 21 tahun ni..thank you korang =)

baik lah, enough dengan ayat stok karangan untuk PMR di atas..let us proceed..you see, i've been away from my family since form 1 tau..maka nya, setiap kali birthday aku, aku akan sambut birthday without having my family around for freaking 8 years okay! memang lah ada kawan-kawan aku tapi celebrate with family and friends are not exactly the same tau, feeling dia..huhu..therefore aku telah mengambil keputusan untuk *uhuk*ponteng*uhuk*kelas* selama dua hari muahahaha semata mata sebab nak jugak celebrate dengan moi family , gigih okay!

tapi sebenarnya bukan buat party segala bagai tu kau buang tebiat ke hapa dah tua bangka pun nak teringin buat party-party gantung belon warna warni hikhikhik...tapi sebenarnya macam boleh je kan, birthday sendiri kot, nak kesah orang lain buat apa..=..=" istilah celebrate dengan family ialah aku nak makan ramai ramai je dan semestinya birthday girl yang diberikan mandat kepercayaan dan tanggungjawab menyimpan mohor diraja untuk pilih tempat makan..so, Johnnys Steamboat jom!! =D



haish, makanan favourite sampai bila bila, steamboat! i love steamboat !

semua orang tanya hadiah apakah yang aku dapat birthday kali ni..ok lah fine, tak ada lah semua orang ingat orang kesah sangat ke dekat kau wawa oi?haha..dan daku pun menjawab, hadiah yang aku dapat adalah kalian semua, insan insan yang paling bermakna dalam hidup ku ini =') boleh tak nak menang award kalau cakap macam tu?haha..

my sis bought me this plushie..comel gila sampai rasa macam nak gigit gigit aje okay!!err, beginikah cara nya budak yang berumur 21 tahun patut behave? -______-" tapi, walaupun unicorn ni comel gila, bila aku tenung dan tatap mata dia lama lama, tiba tiba aku rasa scary lah pulak sebab kenapa mesti mata dia besar dan bundar gileee??kenapa mesti besar macam dah buat plastic surgery lah pulak, kenapa?? terus terasa diri ini seperti diperhatikan *tolak unicorn ke tepi sikit*


sekarang mr teddy dah ada kawan baru yeay!! boleh lah teman while i'm away from home..by the way, i've decided to name the unicorn with unibear..haha..actually bukan i yang decided that name but someone then terus rasa macam comelnye name tu! mr teddy and ms unibear =)

thank you iqah =')


and try to guess what's inside the box?

*drum roll*


it's Vera Wang Princess, perfume that i've wanted for a very long time! kirim dekat orang tu time boxing day last sekali dapat as a birthday present pulak..hehe..jimat*uhuk*duit*uhuk*aku*uhuk*...

thanks safuan =)
kirim salam dekat farhana kesayangan kau tu ek..sweet lah siap jemput dekat airport lagi tu dua orang je..haha..=P


holla!!! piano black instax mini 50s (nampak sangat salin directly dari kotak tu..haha..) for me!!yeaaay!!overjoy! dah lah dekat my wishlist, been aiming this camera for ages tau..and siapakah insan yang istimewa telah menghadiahkan instax ni dekat diriku?





yeah, jawapannye diri sendiri lah..hahaha..i've bought this camera lepas dapat je elaun tau..so worth it!!jadi, saya telah menjadikannya sebagai hadiah hari jadi buat diri sendiri hehehe...jadi ini lah benda yang telah saya splurge for this sem..



bila dah rasa 21 tahun rasa macam dah tua lah pulak jadi nak kena jaga kulit muka betul betul ni..and i've decided to try this face mist from body shop..highly recommended!i love the scent plus ada vitamin E lagi..usually orang guna after apply make up tapi i akan spray lepas mandi to my bare face..sekali lagi aku telah menjadikannya sebagai hadiah hari jadi buat diri sendiri..


lastly, sepasang baju kurung yang telah DIJAHIT SENDIRI telah ku hadiah kan buat diriku sendiri pada hari jadi ku..haha..cuti hari tu ada ambil kelas menjahit so yeah, siap jugak sepasang untuk diri sendiri! i'm so proud of it =')


and yeah, first day of class aku dah bantai pakai muahahaha...harus lah diri sendiri yang kena jadi model untuk baju sendiri kan..

in the end, aku rasa hadiah aku untuk diri sendiri lagi banyak daripada hadiah dari orang lain hahaha...anyway, i wanted to thank those who had wished me sama ada from facebook or sms..really appreciate it =) terima kasih korang!

Sunday, February 12, 2012

kisah budak main game

Assalamualaikum... =)

Al kisah malam tadi ikut parents pergi surau dekat usj 20 sebab ada ceramah about maulidur rasul..since duduk dekat rumah pun tak berapa nak produktif maka apa kata pergi ikut buat benda yang sedikit berfaedah, ye dak? Ceramah start selepas maghrib tapi disebabkan beberapa perkara yang tertentu telah terjadi kitorang sampai time 15 minit lagi nak masuk isya'..acewah, beberapa perkara tertentu konon padahal sebab balik dari IOI Mall lambat, bila balik lambat jadi sampai rumah pun lambat..nak menggeliat lepaskan penat lelah berjalan konon nya macam pergi membajak plus nak menyibuk tengok hasil shopping lagi lah lambat..end up sampai dekat surau time orang dah half way bagi ceramah..

but that's not the main point..sampai je terus duduk khusyuk dengar pasal kisah Nabi Muhammad S.W.T..=) acece, konon memang semangat lah kan menadah telinga sampai tak hiraukan mak cik yang dekat belakang tengah sembang pasal cucu dia yang dah pandai berjalan serta tidak di lupakan rancangan kutipan duit kutu mereka untuk bulan depan =..="...

ku sangka kan panas sampai ke petang, tapi hujan pula di tengah hari begitu lah kononnya nak describe situasi aku ni..semangat untuk berikan tumpuan seratus peratus untuk dengar ceramah hanya lah hangat hangat tahi ayam..lama ke lamaan dapat ku rasakan mata ku semakin galak nak tutup hasil daripada usaha syaitonnirojim yang sibuk bergayut dekat bulu mata ku T_____T...dah macam macam dah aku try buat nak bagi hilang ngantuk, antara nya ialah dengar ceramah sambil berdiri tegak tapi end up kena suruh duduk sebab mak cik dekat belakang tak nampak hahahaha..seriously you mak cik tak supportive sungguh..then taktik lama dekat sekolah iaitu cubit tangan sendiri oh sungguh masochist tapi nak buat macam mana, taktik tu lah yang selalu berjaya bagi hilang ngantuk time kelas bahasa arab tinggi dulu..dalam fikiran ingat kalau tak boleh jugak memang nak join je mak cik belakang sembang pasal kutipan duit kutu diorang hahahaha ok fine tak lawak pun -________-"

but i can't stop yawning man!!sampai tahap keluar air mata kot wehhh..but i still want to hear that ceramah..so  what should i do?? i end up main games dekat dalam handphone..nasib baik bawa handphone pheewww...reason was; main je game but telinga masih berfungsi untuk mendengar ceramah di depan..so that was it, i've finally found the solution!muahahaha...tapi keseronokan ku hanya bertahan sebentar sahaja *insert pepatah hujan tadi*...

suddenly mak cik dekat belakang tu sibuk duk tinjau apa yang aku buat dekat depan dia ni and you know what, she actually said in her totally mak cik-busy-body-tone 'Laaaaa, dia main game rupanyeeeee, ingat kan dengar ceramah dekat depan tu..tak dengar dah la ni..''*dengan nada suara yang amatlah tinggi dan menarik perhatian* dan dengan secara tibe2 nya seperti virus lah pulak, orang sebelah dia tanya kenapa then dia pun jawab ' budak depan ni ha, dok main game rupanye...', then orang sebelah lagi sebelah lagi cuit tanya kenapa then orang sebelah dia tu jawab 'budak depan ni ha, dok main game...', and you can bayang sendiri lah kan macam main telefon berkarat tu..suddenly kawasan belakang bising dengan ayat 'budak depan ni ha, main game rupenyeee...'and siapakah budak depan yang main game tu? AKUUUUUU!!!! =..="

seriously?!seriouslyyyyy mak ciks?!?!it's not like i'm totally absorbed with the game that i've played..walaupun saya main game, telinga saya masih setia mendengar ceramah di depan tu wuwuwu..jangan lah nak heboh sampai macam tu sekali, ini bukan nya acara sukaneka main telefon berkarat..at least saya tak discuss pasal kutipan duit kutu taauuuu T________T...oh my, konspirasi apakah ini yang nak menjatuhkan nama baik aku macam mana kalau bakal mak mertua ada dekat situ..hahaha..

actually situasi tu amat kelakar kalau korang ada dekat tempat kejadian malangnya bila tiba time aku nak tulis suddenly jadi terlampau hambar dan tidak berperisa langsung..maklum lah, i'm not that good in writing.. 

ok tu je nak cerita since blog dah lama gila tak update kan..maaf di atas abrupt ending sebab dah kekeringan idea nak tulis apa..so yeah, bye! =)

Thursday, February 2, 2012


which PERI PERI are youuuuu????

haish, kan best kalau dekat malaysia ada sos yang kaler hitam tu..biase lah, tekak orang nogori kan =P