Friday, May 28, 2010

T____________T

malam semalam memang semangat berkobar kobar nak siapkan file ISL for language description since mr jamaladin nak kutip that file and check this 1st june..kerja ni memang dah tak boleh nak tangguh lagi dah sebab sir dah bagitahu benda ni 3 minggu yang lepas..atau, adakah sebulan yang lalu?kenapa minggu depan dia nak check baru hari ni terhegeh hegeh nak siapkan?haish.....

macam biasa, i kalau nak buat kerja, mesti keluarkan segala pen yang kaler2, highlight pen yang bermacam macam dan keluarkan segala kertas2 letak atas meja..konon nak bagi nampak selerak dan sekaligus menaikkan semangat nak study la kan..KONONNYA...

ok, sambil bukak music kuat2 from my handphone, switch on my lappy konon nak surf info and segala bahan bagai..KONONNYA..tapi macam biasa la, terbabas bukak blog and facebook..balas2 comment semua, blogwalking semua sampai la setengah jam teringat balik tujuan utama..haish..

setelah kembali ke jalan yang benar, baru la terhegeh nak cari ape itu noun phrase, noun clause, sentence patterns, sentence types, phrasal verbs, subject verb agreement bagai..bayangkan kerja sebanyak 15 minggu terkumpul dari awal sem nak kena siapkan dalam satu malam..gile ke hape..

ok, tak gila..kau je yang sebenarnya malas wawa..buat kerja bertangguh..tak sampai 10 minit tibe2 rasa macam boringla pulak buat kerja sorang2 nie..mesej kawan la suruh teman sambil buat kerja. takla boring sangat..KONONNYA..pikir2 nak mesej siape..

"babe, kau tengah watpe skang nie?" -message sent-
salma: "tgk supernatural"
*tibe2 rase excited yang tidak dapat digambarkan dengan kate2..xpe2, cover dulu*
"dowh, x ajak siot"
salma: "td aku nmpak ko wat LDS takot nk kaco haha. meh la tgk ngan aku"

*hehe..pucuk dicita ulam mendatang betul*

tapi dalam hati berkira-kira jugak nak pergi tengok ke tak..LDS satu hape pon tak siapkan lagi nie..lusa nak kena hantar dah..aduh..takpe la kan, nak bagi sedap hati, tulis jugak 1 sentence ayat.nak bagi kurangkan rasa bersalah la..KONONNYA..

tak sampai 2 minit, dah ada kat bilik salma dah..tengok dari luar gelap je..mesti tutup lampu konon nak bagi effect la bagai kan..padahal nanti sibuk tutup2 mata dengan bantal segala..wee ~ kitorang tengok buat marathon sampai pukul 4 pagi lebih..takot nak turun bawah, end up tidor menumpang dekat bilik minah tue..

and my meja tinggal berselerak macam tu jugak la..tak sentuh pon langsung my LDS tue..tak berusik weh!!!esok nak kena hantar..T___________T

semua nie salah dean ngan sam winchester!!!!

Friday, May 14, 2010

kejadian 4 pagi ~

kalau duduk kat sini, satu je masalah utama dia..MAKANAN..bagi siapa yang ade transport tu maybe takde hal punye la kan nak cari makanan tapi bagi insan seperti aku n kawan2ku ini, yang takde transport hanya depends kat kaki ni jela nak jalan cari makanan..tu pun ade 1 kedai makan je kat sini..wth??jemu la sangat..cafe?hurm, x payah tanya la.dah la ada 1 je..malam pulak tutup..makanan entah pape..dah la, malas nak komen..semalam tak tahu kenapa tapi masing2 punya perut memang demand nak makan punye la..gile hape nak cari makan pukul 10 malamkat luar..ingat nak masak nasi tapi bile bawa je beras tu keluar..bajet nak masak dengan sardin and kuah kari la kunun..tengok2 beras dah rosak kena invade dengan serangga ape ntah..ceh, kempunan..godek2 loker jumpe la maggi..jadi la tue kan..ape lagi, bawak segala periuk naik atas kat bilik salma..masak maggi!!
first of all you alllzz semua, masukkan maggi kedalam multicooker yang telah diseludup secara haram masuk maktab ini yek..yes, kat sini tak boleh bawak segala periuk nasik, heater, iron (wth) and yang sewaktu dengannye..memang boring kan..but, being me, ade aku kisah ke?haha..
after about 2 minutes..voila!dah siap dah maggi kite nie yang berperisa kari..hahaha..macam la tak pernah buat maggi ek selama nie..

dah dapat makan, masing-masing diam dan khusyuk je slurp slurp maggi tu sambil tengok movie..standar r tue kan...sambil2 tue sembang2 kisah silam ke..haha..menusuk kalbu tu...

selepas 15 minit kemudian.... hambik kau habis licin berkilat segala mangkuk ni..menandakan yang masing-masing memang lapar gile la kan..

lepas habis kemas2, me and salma takde kerja buat drama marathon cerita supernatural sampai pukul 4 pagi!!konon2 nak bagi kesan macam tengok dalam panggung wayang, tutup semua lampu bilik nak bagi gelap n gempak la konon..tengok2 bila samapi je scene yang ade demon tue masing2 tutup mata dengan tangan la, bantal la sebab takut..ape la..kalau d ah dasar penakut tu, penakut la kan..at least i ok lagi, tak la kerap sangat tutup mata..haha..

ok la, tu je nak cakap..sempat lagi kan drama marathon nie padahal ade 3 assignment nak kena hantar next week nie..masak la kitorang..
nah, gambar ammar yang tengah sunbathing nie..seksi tak? *wink wink*