Wednesday, January 19, 2011

jom pergi PARIS!!


bila sebut paris je mesti sebut sekali dengan bonjour..kenapa?sebab baru belajar bahasa france and bonjour tu je yang i tahu nak sebut tanpa membabitkan lidah terbelit yang kronik..sekarang semua sebut paris macam ni>>>PAGHI..baru ah ada feel orang perancis kacak bergaya..jadi, kitorang pergi paris naik flight!eh tak tak, disebabkan lambat book tiket makanya harga tiket flight melonjak mahal menyebabkan kitorang pergi naik bas sahaja..oh yeah, pergi paris naik bas tuuuu..aku balik rumah dari terengganu pun naik flight..ekeke..

perjalanan dari london ke paris mengambil masa selama 8 jam..oh nak tahu tak sebenornye bas kitorang delay esok hari sebab oh well, salji yang lebat ah kan, ape lagi..tak pasal pergi merendek dekat trafalgar square,buckingham palace semua..yang tu nanti aku cerita lain ek..kitorang naik bas lalu euro tunnel..apekah itu euro tunnel?dia macam terowong bawah tanah sebab kan UK n FRANCE dipisahkan dengan laut so kitorang lalu dekat bawah laut tu..paham tak?
ok terima kasih google membekalkan gambar..nampak tak biru tu?biru itu laut dan kitorang lalu dekat bawah laut yang dalam tu..i know, i've been repeating the same thing kan..
macam ni lah lebih kurang dalam euro tunnel tu..kereta kau masuk kat dalam satu storage then storage tu yang bergerak, kereta kau tak yah gerak...dalam kes aku pulak, bas..

jadiiiiii, bile kau dah sampai paris sila bersiap sedia dengan kemungkinan untuk sesat disebabkan semua papan tanda dalam bahasa france dan semua orang dekat sane tak reti nak cakap melayu english..situasi dia akan jadi macam ni tau, either kau cakap english dia balas french, kau cakap english dia balas english yang-sama-macam-french-tak-yah-cakap-pun-takpe or kau cakap english and diorang terus buat tangan tak nak!tak nak! macam kau ni nak jual iklan sambil berlalu pergi..

tapi disebabkan kami empat orang anak muda yang bersemangat untuk mengembara mencari mat salleh yang hot ilmu pengetahuan Alhamdulilah segala halangan dapat ditempuh haha ayat poyo tak boleh nak blaaa gileeee wawa....

SESI MARI MENJELAJAH PARIS BERSAMA WAWA...ehem ehem...

jadi bile sampai paris ape tempat yang wajib kite pergi yek?mestilah EIFFEL TOWER!!!tiket around 13 euro or 17 euro MAYBE ah sebab aku tak ingatlah..dekat bawah eiffel tu nanti siaplah kau akan jumpa dengan orang negro and pakistan diorang jual souvenir such as key chain tu bagai..and!kalau kau tak beli kan, diorang akan kejaaaar korang which is soo annoying tau!orang taknak beli tu tak nak ah..tak pasal pasal keluar bodo nasib lah kau tak paham kalau tak kecik hati kau kan..
empat orang anak muda itu
night view dekat eiffel =)
siang view day view dekat eiffel =)
jadi sekarang kita sudah berada di top of the eiffel tower..muka tengah menahan kesejukan sebab kat atas tu dahlah windy gileee ditambah pulak dengan winter season, memang menggigil ok kau kat atas tuh..
view from the top! =) waAa, sekarang pun still teringat lawanyeee!!!

ni kitorang snap from the base dongak kat atas..haha..paham tak weh?

oklah, lepas tu kite nak pergi mane pulak?kite pergi palais royal musée du louvre!!cepat sebut dengan slang yang betul..(paley ghoya muzi di luvghe..haha macam ni lah lebih kurang nak sebut baik betul hati aku kan tolong translatekan..)this is what i've heard from the metro's operator..kalau silap tak tahu la..apa yang menarik dekat sini ek?ha, dekat sini lah terletaknya lukisan terkenal MONALISA tu...bukan monalisa yang mr bean lukis dalam citer mr bean holiday tu yek, ni lukisan monalisa yang ori punya..tapi kitorang pun tak masuk la dekat dalam musée du louvre tu just jalan jalan dekat luar tu..
bila dah tak masuk tu gambar dekat entrance pun rasa dah cukup hebat dah..=p
nampak tak pyramid besar tu??kat bawah tu lah musee du luvre tu..means dekat bawah tu lah muzium tempat simpan monalisa tu..nampak sangat tahu pasal monalisa je dasar buta seni betul..sila maafkan penulis..and that big pyramid behind my cousin is actually some kind of a famous thing but i can't remember what it's called..sekali lagi buta sejarah pulak..maafkan penulis..
pernah tak tengok cerita si bongkok tu or nama glamer dia macam dalam cerita disney tu, the hunchback of notre dame?
nah gambar si bongkok tu..mintak maaf, dia tak hensem..
yang ni hensem..THIS IS MY PREFERENCE tolong jangan komen..terima kasih

well, kitorang pun ada la jugak pergi notre dame tu..and yeah, time kitorang masuk church tu diorang tengah ada ceremony hapekebenda ntah..awkward la jugak sebab diorang tengok kitorang as if kitorang ni makhluk tuhan paling seksi pakai tudung..hikhikhik..tak suka tau you all jeling jeling we all..malu lah kami..pelik kut tengok orang pakai headscarf masuk church ek..
so this is notre dame..
what the hell macam orang terencat nih?okayh fine time tu aku demam sobs sobs sobs jadi kehodohan posing dapat dimaafkan...

i think i'll shall stop here..next entry kite pergi jalan jalan dekat Blanche tempat Moulin Rouge, hard rock cafe, La Fayette, La Défense, République, Champs-Elysées and Musée d'Orsay yek!

Tuesday, January 18, 2011

hari makan asap sedunia

nak dengar tak cerita macam kisah teladan yang boleh dijadikan pengajaran?tak nak dengar takpe, kite nak citer jugak..

oklah, umum mengetahui bahawa maktab telah menganjurkan aktiviti merentas desa dan kami semua diwajibkan untuk turun menjalani latihan..DIWAJIBKAN!then bla bla bla diorang panggil turun buat announcement bagai and aku pun bla bla bla buat tak dengar..heh..memang dasar berat tulang.pemalas.comel.takde sifat tanggungjawab.takde ciri keguruan.gorgeous.

jadi weehooo duduk dalam bilik terkekeh kekeh kesukaan sebab tak payah pergi latihan..bajet bangga pun ada jugak sebab pertama kali langgar peraturan WAJIB sem ni..tak pergi perhimpunan dikecualikan.tak pergi usrah pun dikecualikan. gembira, terharu..semua perasaan bercampur baur pada ketika itu apahal pulak lah aku ni macam nak mengarang karangan spm nih??mungkin terexcited baru balik belajar kemahiran bahasa melayu..mungkin?mana kita tahu kan..ahaha, ayat tak boleh blaaaaaaa....

time tengah gedik stalk onew update entry paris tetiba dengar announcement cakap suruh kosongkan bilik dan sila keluar sebab nak buat fogging..oh maaaan, malas gile ah..so aku pun bla bla bla buat tak dengar malas malasan atas katil lagi..punyala banyak orang tu membebel sikit pun aku what dunno je..heh..dasar degil.keras kepala.cun.besar kepala.

sekali kau terdengar bunyi dia start benda asap tu terlompat aku dari katil terus capai tudung bagai turun dengan syu pergi bawah..aku pulak dengan PANDAINYA pergi tutup tingkap bilik then siap bagi nasihat dekat syu sekali eh, tutup tingkap bilik kaula, nanti asap masuk bilik..bajet professional la deal dengan fogging ni semua..bodo betul..haha

tengok dari bawah sekali diorang cakap diorang sembur bilik barulah aku teringat omaigod!locker aku tak tutup!omaigod cadar aku tak cabut!omaigod laptop aku tak tutup!omaigod berus gigi aku tak simpan!omaigod bekas pinggan mangkuk aku!omaigod towel aku!omaigod onew aku! omaigod tin biskut aku!omaigod telekung aku!dan segala omaigod yang nampaknya sudah tidak guna untuk disesali lagi disebabkan kelalaian aku untuk mendengar arahan yang diberikan..(seriously aku rasa bersemangat macam nak buat karangan spm..haha)

nak sedih pun tak guna jugak..tu lah kau wawa..degil lagi.berlagak lagi tak nak ambik tahu arahan orang.ponteng lagi latihan merentas desa.dah lah pakai seluar tido petak petak warna biru sambil turun bawah bajet kejap je sembur sekali pakcik tu sembur jauh pulak daaaaaah..sudah, aku dah lah pakai macam ni je then terjumpa lagi dengan budak baru balik latihan merentas desa..malu malu!tu lah, ponteng lagi latihan..

masuk bilik tengok dah macam tempat orang bakar satay je..so much for your professional thinking of tutup tingkap, wawa..memang PANDAI YANG AMAT..yang tak boleh bla kesian dekat syu sebab ikut cakap aku bilik dia pun sama gak..ekeke..sori ah der..kawan aku lagi sorang tuh lagi kesian, tak turun langsung dah terlemas dalam bilik sendiri..iskh3..

bagus betul, tak pergi latihan merentas desa padan muka kena makan asap...ahhhh..benci benci..

Friday, January 7, 2011

UK vacation part 2 ~ akhirnya..

perjalanan ke newcastle boleh dikatakan agak adventure la jugak..akibat salah sendiri sebab lambat keluar dari rumah ke victoria coach station, macam dah boleh buat program amazing race dah bile masing masing lajuuuuuu gile berlari nak kejar bas except instead of bawak travel backpack tue, kitorang bawak luggage bagak yang haram jadah berat gileeeeee....last2 hambik kau, memang kena tinggal bas lah jawabnye kan sebab lewat setengah jam..tapi cerita tu tak habis di sini sebab kitorang memang kena balik newcastle jugak sebab cousin aku ada kelas
esoknye..nak tak nak, kena lah beli tiket lain..

TAPI!!malangnye bas yang kitorang nak naik tu kena delayed sebab snow kat newcastle lebat sangat..ye, kat newcastle dah snow tapi london jarang snow..menapaklah kitorang dekat coach
station tu sebab tak kan nak balik rumah, karang tak pasal jadi amazing race yang ke dua pulak..get what i mean?

nak dijadikan cerita pulak, perjalanan pergi newcastle yang sepatutnya ambil masa dalam 8 jam dah jadi 13 jam! semua sebab snow tu lah! fuuuhh, sabar je lah kan duduk dalam bas tue..berkulat punggung..kitorang bertolak from london dalam pukul 8.30 malam and sampai
newcastle dalam pukul 10.30 pagi esok tuh..ffuuhh..
nah..gambar first kitorang dekat newcastle..and oh ya, cousin aku memang tertinggal kelas dia pada hari itu..newcastle is like a small town where everyone knows everyone..that's what my cousin said..but i guess it's true coz they're very friendly!!oh yeah, even kau org luar diorang still nak ajak kau sembang..let alone dengan bahasa inggeris yang berterabur tu..takde hal punye lah!

it's snowing!! ;)

see, dekat depan tingkap my cousin..agak2 jatuh kena kepala orang mati tak?
iceland tempat terbaik kalau nak ambik hati mak mertua kalau tak reti masak sebab kat sini semua instant foods ada...
this is what it's looks like..just masuk dalam microwave panaskan..jangan risau mak mertua, saya still pandai masak nasi goreng..heh..
baru balik beli barang pikat hati mak mertua..

dekat sini pun ada shopping mall name dia eldon square..dekat sini kan, walaupun currency diorang tinggi dari kite, barang diorang murah2 gile!!ok boleh suruh ayah kerja dekat sini TNB cepat hantar..shops like H&M, TOPSHOP, RIVER ISLAND, NEWLOOK, TJ HUGHES and of course PRIMARK, semua affordable..means tak mahal macam tak malaysia lah..lepas
ni boleh ah kalau nak gebang baju TOPSHOP je?!?!i baju tu buat baju tido je ok jangan nak poyo sangat..taklah, sebab for me, TOPSHOP kat malaysia mahal sgt, i tak mampu..
click to enlarge..yang tiang panjang tu called monument..er, tu je la yang ingat..hehe

told ya kat sane murah..first thing yang kitorang beli dekat sane..eh silap, THINGSSSSS..haha..
yeay!anna sui untuk diri sendiri yeay!

wah nanti aku cerita kitorang pergi outlet di mana barang branded mmg lagi murah gile gile!ok bab shopping mmg cepat excited and my cousin bawak kitorang pergi jalan2 tgk newcastle bridge..

Monday, January 3, 2011

UK vacation part 1 ~

ok lah, sapa yang tengok facebook aku mesti perasan kan yang cuti sekolah lepas aku dengan cousin aku, nadhira pergi jalan jalan dekat UK..mana taknya, sekali upload album gambar tak nak kalah, nak 200 lebih je dalam album tu..heh..jadi aku pun nak cerita la sikit pengalaman kitorang dekat sana sebab alang alang aku takda idea nak update pasal apa kan..=)

pada 26hb dec 2010 bermula lah detik keramat kami berangkat ke UK..terima kepada encik Abas Yasin kerana bermurah hati menaja percutian saya ;) *kesat air mata dekat hujung mata
dengan hujung jari*
ya, macam rombongan nak hantar pergi belajar oversea je bajet padahal nak duduk sebulan je pun..haha
dah keliru dah sape yang nak pergi UK ni sebenarnye?!lol

anyway, bile naik air asia jangan lah nak demand sangat ada TV bagai kan..conclusionnye, kalau kau naik air asia selama 13 jam nak pergi UK, perkara yang paling best untuk hilangkan ke-tension-nan, ke-cramp-an, dan kebosanan ialah camwhoring
.

kan dah cakap dah..

dah dah, malu mat salleh tengok ni tangkap gambar dekat entrance..haha

sampai je cari coffee bean sebab cousin aku cakap tunggu kat sana so kitorang pun carila kan tapi takde pun cofee bean..muka dah cuak dah siap kira kira apa rancangan nak buat kalau cousin aku tak kutip kitorang ni sekali tengok dia cakap jumpa kat costa la, COSTA!!kat UK mane ada coffee bean...patut ah tanya kat kaunter dia buat muka pelik tak pernah dengar coffee bean..nasib tak tanya ali cafe kat mane..ok, tak lawak..

sampai je dekat london terus tour guide a.k.a fahim n nadia (my cousin) bawak kitorang jalan keluar pergi oxford street..takde der kau nak rasa jet-lagged ke hape bagai..oh i like oxford street!!kat sana ada banyaaaaaak sangat store..and and, diorang tak pakai la mannequin nak display clothes, diorang guna orang betul tau!kalau la senza punya model tu faham faham jela
kan kalau lelaki tengok memang tak berkelip mata ah kau..tapi tapi tapi, ada jugak model laki yang displayed briefs..muahahaha...abang six packs memang HOT LAH!sori tak dapat nak tangkap gambar sebab time tu crowded gileeeeeee....ok tipu, sebenarnye time tu tengah drooling tengok abang six packs sampai tak terjumpa camera dalam beg..=p

kamilah model la senza itu...
wakluuuuuu..haha
wow, harrods!tak sangka dulu tengok dalam citer mr bean je time krismas harrods ni..lepas ni boleh la cerita dekat cucu dulu nenek dah pernah pergi dah harrods ni cu, nenek siap beli muffin kat situ..haha

kitorang stay dekat London sehari aje sebab esok tu baru lah bertolak pergi newcastle dekat rumah my cousin, along..yang makan muffin tu..london ni rumah fahim so kitorang memang stay situ 1 day sebab dekat dengan stansted airport..lupa nak cakap, time dalam airport tu rasa macam eleh, macam ni ke winter?tak sejuk pun, adalah macam dekat genting je...haha..bodoh gileee, dalam airport memang lah tak sejuk kan sekali keluar jalan terus kejung kesejukan..aku menggigil dah macam orang sakit parkinson tu..so much fo
r genting..and of courselah asyik kena bahan je kan for da whole day sebab berlagak sangat..kejap kejap cakap sejuk ke wa, kata macam genting??kahkahkah..cis, kurang asam betul tapi salah sendiri jugak siapa suruh kau riak sangat kan..=p

oh, time dekat immigration tu aku dah cuak dah janganlah kau nak soal aku banyak banyak pulak kan..aku dah la tak reti sangat nak speaking nie *tengok kiri kanan ada lecturer tak..gile hape TESL tak reti speaking, mintak pelempang ngan lecturer ada la..haha*..ok lah, cuma takut tak faham sangat sebab accent british kan pekat sikit..BANYAK la, banyak, bukan sikit..but luckily dia juz tanya aku buat apa kat sini..hehe

ok stop sampai sini dulu nanti aku sambung part kitorang dekat newcastle pulak ek..hehe..oh, time aku pergi UK, my family pergi singapore..kalau nak baca, my sis ada buat entry dekat SINI..click clik! =)

selingan..i've just received my results for my foundation..ALHAMDULILLAH..not 4 flat but it's enough for me..=)