Saturday, February 19, 2011

birthday aku yang disambut awal..haih laaaa...

jadi, hari khamis lepas kawan2 aku yang tercinta ni dah buat surprise yang terbaik gile ah kan dekat aku..actually time diorang ajak aku keluar nak beli barang aku dah macam syak something dah nie..eleh, nak sambut birthday i lah tu! aku tahu, aku memang tak malu sikit..tapi takpe, abaikan disitu..tapi hari tu aku ada choir untuk english week closing ceremony jadi gitu gini punya cerita pukul 3 lebih macam tu dah habis dah event dia..aku pun dah malas lah nak keluar sebab penat kot weh, men-sumbang-kan suara..haha..so aku pun cakap lah dekat diorang yang malaslah nak keluar..penat..

sampai bilik aku duduk melangut depan laptop..ah, boring la pulak kan..so, aku pun sms nini cakap nak ikut keluarlah..heee!tak malu gile tadi berlagak takmo ikut kan..haha..time nak tunggu dekat bawah dengan salma tu, emy tetibe je sms aku "nak tanya korang kuar kol brape and sape naik dengan pidot" baca je sms tu terus aku gelak gile kuat cakap kat salma HAH, APESAL EMY TETIBA MESEJ AKU TANYA NAK KUAR KOL BERAPA PULAK NIE?!?!?!haha..tobat lawak weh..yang salma gile tak reti nak cover terus lari masuk dalam..aku nampak dia pegang handphone nak kol orang..nak kol emy la tuh!haha..kan dah kantoi..

so whatever lah kan, aku malas lah nak bising sangat sebab nanti sian pulak diorang kantoi..=p yang nini baik punya poyolah buat muka confuse konon tak tahu pape..pandai yek kau minah..nanti aku bagi kau award pelakon wanita terbaik anugerah bintang fofular..off we go to vincci sebab syu cakap nak cari kasut kan..sampai sana tengok banyak gile wedges stok baru sampai aku rasa sebab selalu vincci wedges dia sikit je..banyak heels..aku pun dengan baik hatinya tolonglah dia pilih kan..

aku: kau nak yang jenis macam mane?wedges ke, heels?nak kalaer macam mane?
syu: ni untuk ANAK SAUDARA aku..dia tak kisah nak kaler ape pun..kulit dia cerah..
aku: (DENGAN MUKA INNOCENT)ooooo, untuk anak sedara kau rupenye..

aku ni kalau nak pilih untuk orang mane lah nak reti sangat kan..yelah, takut pulak taste aku lain, taste orang lain mestilah lain kan...sumpah lama gila stuck dekat vincci siap aku boleh pergi beli kfc makan kat situ siap kenyang lagi pun tak habis lagi cari kasut..

last sekali nak dekat pukul 7 jugak lah kitorang dapat jugak kasut yang dicari!noted that kitorang sampai sana dalam pukul 5 lebih macam tue??dinner beli kfc then lepak dekat pantai..fuh, best ok dengan angin semua sejuk macam dekat paris!!ok takde la hyperbole sangat kan, macam dekat cameron highland la jugak..time tengah makan2 tu tibe tibe nampak kak siti sampai..kak siti ialah nama kereta pidot yang kitorang panggil..haha..sebab plate dia KCT...aku nampak diorang aku pun taklah surprise mana sebab heh, korang dah kantoilaaaaa, aku dah tahu dah..haha..nyanyi lagu birthday semua then tetiba diorang bawak keluar hadiah
TADAAAAA!!!!IT'S THAT VINCCI SHOES YANG AKU SPEND MASA LAMA GILEEE DEKAT VINCCI TADI!!huh, so much for your anak sedara punya kasut kan wahai syuhada..rupa-rupanya aku pilih kasut untuk diri aku sendiri rupanya..tsk tsk..baru bajet tahun ni tak nak kena tipu dah sebab bajet dah tahu dah pasal surprise ni kan..sekali tipah tertipu lagi bang...dua kali asyik kena prank je birthday aku...



malam tu aku dah macam orang gile gelak sorang sorang je tanpa henti..hahaha..


koleksi wedges aku yang terbaru!!wee ~ nasib lah time nak tolong pilih tu aku ikhlas tolong..muahaha...thanks korang korang semua!! =')

aaannnnddd, tadi aku baru dapat my packaging from whitecircus!!!yippie yeay!baju baru lagi..woohooo...i'll take this as my birthday present bought for myself!hehe..online shopping is sooo addictive lah..

jadi itu sahaja untuk kali ini..terima kasih diucapkan kepada:

norsyuhada che muda

w.syazwani nasuha wan mazlan

nurul salma hamdan

salina sayang kamal arifin

faidatul syuhada shamsuddin

mohd helmi syazwan mohd zaki

abdul rahman ibrahim

mohd firdaus jaafar

sebab berjaya buat aku jadi macam orang gile malam tu kan..haha..sayang korang!!!thanks to those yang wish dekat facebook tu semua..aku tak kisah kalau takde hadiah ke, orang ke berapa ke korang wish eventhough time tu dah pukul 11.59 pm pun, aku tetap sayang korang,k..janji korang wish tanda korang still ingat dekat aku pun cukup..=')

Sunday, February 13, 2011

my 25 random facts..

sorry la syu, lambat sikit nak buat..hehe...

"once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end choose 25 person to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

1. first and foremost, nama saya nur wahidah binti abas

2. dekat rumah, dekat sekolah, dekat kolej semua orang panggil aku wawa..jap..kecuali adam and mia a.k.a my cousins yang aku tak tahulah apa masalah diorang susah sangat nak sebut wawa terus jadi kak bawa..dah lah tanpa segan silunya panggil aku kak bawa dekat depan orang ramai..=.="

3. i'm now doing my degree in TESL..first year..twinning program IPG-UKm..huruf 'm' saja buat kecik sebab hasrat hati nak pergi belajar dekat UK tak kesampaian sebab government tengah semput time nak hantar cohort kitorang pergi oversea..tapi, UKM pun much better dah sebenarnye..

4. anak sulung from 4 siblings..duduk dekat shah alam, seksyen 27..=p

5. single but not available..my boyfriend nama dia lee jinki tapi nama glamor dia onew..dia sekarang ada dekat south korea, mencari rezeki untuk kumpul duit sebab nanti kitorang nak kahwin,kan..takkan la nak bagi i makan ikan masin tiap2 hari kot...walaupun jauh, kitorang tetap berkasih sayang antara satu sama lain..jarak tidak memisahkan cinta kami...

6. fakta di atas, no.5 adalah tidak benar..hahaha..

7. saya minat dengar lagu korea, layan drama korea, tengok movie korea, orang korea, dan bahasa korea..nasib saya warganegara Malaysia, boleh ada satu warganegara je kalau tak dah lama sebat dua kerakyatan..

8. kawan saya cakap saya ni gila-gila..gila-gila tau, bukan gila as in crazy..tapi saya musykil sebab kalau saya ni gila-gila, mesti diorang pun sama je species dengan saya kan..diorang pun gila-gila ah jugak..haish, tak sedar diri betullah diorang ni..=p

9. saya ingat saya nak stop blogging sebab nak buat mengada merajuk konon hati pasrah korang baca blog titew tapi tak nak tinggalkan komen pun..jahat lew korang niew...

10. kadang kadang kalau tak suka something, aku akan cakap lepas je time tu jugak..tapi tak selalu lah, kadang-kadang je..ke, selalu ek?entahlah, kena tanya kawan nak make sure kan benda ni..

11. aku cepat gileeee naik angin..cepat gile marah orang..sometimes bile aku cakap, aku akan tinggikan suara aku tanpa aku sedar..tinggikan suara as in macam nak ajak bergaduh pun ada jugak..haish...

12. bile cepat marah means aku cepat gile annoyed dengan orang..i don't know why..urgh, i know, my bad, my bad..i'll try to fix it,ok...

13. i am over sensitive..entahlah, sometimes ok, sometimes even tiny lil things or words cepat je buat aku sentap lah..pastu mula lah nak emo bagai..iskh, dah macam orang tak betul je..tapi selalu bile aku jadi macam tu i'll try to hide it with my smile..yelah, takkan lah asyik nak masam muka je kan..=')

14. aku tak suke gileeeee tunggu orang..kalau setakat 5 to 10 mins tu boleh tahan lagi lah kan tapi kalau dah nak dekat setengah jam hangin gak lah badan ni..then kalau dah lambat tu boleh buat tak tahu je kan..tak considerate pasal orang lain..that's why kalau boleh aku pun tak kan buat orang tunggu aku lama lama..i'll try to be punctual..

15. selau aku nie seorang yang penjimat suka shopping tapi aku akan guna duit sendiri kalau aku nak membazir nie..tak pernah aku mintak duit parents aku kalau aku nak berboros amalan syaiton nie..UNLESS!! ayah aku sendiri yang bagi, aku ambik lah..haha..tapi nak mintak duit dekat ayah aku tu takdelah, jangan harap..

16. sebab tu aku tak suka kalau aku cakap aku takda duit, orang akan cakap "ala, kau kan selalu guna ayah kau, mintak ajelah.." hellooooo, pantang ok aku kalau orang cakap yang aku ni depend dekat ayah aku..no no no, semua gune duit elaun aku lah weh...

17. ni lagi satu perangai buruk aku..kalau aku tak suka dekat someone tu, aku akan tunjuk jelas dengan air muka tu kalau aku jumpa dia..selalu kena marah dengan my dad sebab yelah, bukan semua orang suka kat kite kan, pe hak tak nak suka kat orang pulak?!?!?!tapi entahlah, i can't help it..that's why aku cakap tu perangai buruk aku..hehe..

18. tak suka kalau orang usik pasal my cheeks..FULLSTOP..

19. saya suka sangat bercakap..dekat kelas time lecturer ajar pun saya akan cakap dengan orang sebelah saya sampai dia kena panggil dengan lecturer sebab bersembang tapi saya tak pernah pun kantoi..tak tahulah kenapa..adakah sebab saya ni comel?!?!?!haha..

20. kalau korang sedih korang buat ape?kalau aku, aku akan dengar lagu yang slow and lagu tu mestilah my bf onew yang nyanyi because seriously suara dia soothing gile!boleh buat fikiran kau tenang je dengar suara dia, hilang segala stress bagai..

21. my favourite song all the time ialah lagu wowowow by SHINee..lagu tu sangatlah best!try dengar then cari translation lyrics dia...sebab lyrics dia teramatlah oh my soo sweet!!!dengar banyak kali pun takkan jemu..suke suke suke!!

22. suka sangat tengok orang yang berfesyen ni but still berhijab contohnye seperti nadia bayu, fatin liyana, maria elena, hana tajima and others lah!tapi kalau aku nak pakai macam tu sori ah der, wa tak confidentlah...rasa macam tak sesuai gitu..means nampak buruk lah dekat aku..pencapaian paling hebat yang boleh dibanggakan setakat ni pun ialah kejayaan aku pakai tudung syria je..tu pun dah rasa macam LIHATLAH DUNIA!!AKU MAMPU LAKUKANNYA!!=.="

23. i have a very low self esteem and self confidence, you know..saya rasa macam orang lain ni lagi hebat dari saya and i'm very bad in everything that i do..seriously kalau nak buat pape mesti akan fikir "iskh, nanti apalah orang lain cakap..." kalau dekat dalam kelas mesti rasa yang diri ni sorang sorang bodoh kurang pandai...

24. saya sangat sayang kawan2 saya amalina alias, nadia farhana, haziqah mahas, farina salehuddin, sharifah sadiqa, dalila rosli, amirah bajuri, safuan latiff, syafiq nazalan, izyan junaidi, amirah rahman, akmal idzyany dan kawan kolej saya salma hamdan, salina sayang, syuhada che muda, syazwani nasuha, faidatul syuhada dan semualah yang berkawan dengan saya!

25. birthday saya 19hb February nie..*ehem ehem* nie bukan saya saja saja bagitahu yek, bagitahu ada makna nie..nak hadiah!!haha...



ok done!!nak tag sampai 25 orang macam tak mampu je lah so aku tag..

syu

haziqah

sadiqa

nadia paan

yan

farina

emy syazwan

nini

and sapa2 jelah yang terasa nak buat benda nie..