Assalamualaikum... =)
aku cuti sebulan wehhh!!ok saja je nak gebang padahal cuti duduk rumah buat benda yang sama dengan dekat maktab iaitu makan tidur makan makan dan makan..anyway, cuti kali ini amat bermakna bagi diri saya (acewah, ayat jangan nak karangan PMR sangat boleh..) sebab, sebab kawan saya kahwin hari isnin yang lepas teeheee ~
makanya hari ahad lepas kami geng selangor tolak onah sebab dia orang perak tapi belajar je dekat cyberjaya (keh3) telah menaiki bas untuk sampai ke Kedah Negeri Jelapang Padi sambil menanti geng kedah datang menjemput dah kau apahal nak bergeng bagai bajet kl gangster ni?-______-" anyway, dari kl ke kedah ambil masa 8 jam syabas bete berkematu punggung aku..auuwww sopannya guna perkataan punggung..hahaha..
kitorang stay dekat homestay yang tak berapa nak feeling home sweet home tu dekat area rumah pengantin which is pokok sena supaya senang untuk aktiviti busy body buat buat sibuk nak menolong kononnya..sebab memang lepas sampai je terus pergi jumpa wan konon macam nak buat perjumpaan terakhir sebelum wan bergelar cik/miss gituuuu...
ni memang dasar banyak cakap jumpa pengantin pun sempat lagi nak menjoyah feeling mamarazzi nak update semua cerita dekat orang..gaya tak nak kalah..aku pun lupa apa yang aku cerita semangat sangat tengok muka tu dekat wan...kehkehkeh..abaikan sebarang dark circle dekat mata tu biasalah, budak baru lepas habis final lah katakan..
malam tu kitorang datang balik hahahaha tak aman rumah pengantin asyik nak kena serbu..actually datang sebab nak tolong siapkan bunga telur =)
selesai semua balik homestay konon macam nak kena tidur awal sebab nak kena bangun awal esok nak pergi masjid tengok akad nikah sekali plus nak tolong siapkan wan sebab dia tak pakai perkhidmatan mak andam..MEMANG TAK ADA MAKNANYA LAH KAU NAK TIDUR AWAL WEH sebab pungpangpungpang bercerita kisah kehidupan masing masing setelah berapa tahun tak jumpa last sekali pukul 3 pagi lebih aku paksa (ee, paksa tuuu, dah macam cikgu jaga rombongan budak sekolah dah) juga diorang tidur takut esok lambat bangun..bilik air dah lah ada satu, kau paham je lah kalau anak dara nak bersiap mandi semua berapa lama kan..kitorang ada 11 orang semuanya -____-"
tapi Alhamdulillah semua sempat siap pada masanya juga..=)
and cuba teka muka siapa lagi yang sibuk menempek dekat rumah pengantin seawal pagi tu?
yeahhh, muka muka kami lah jugak kan..siap tolong perabih kan nasi lemak lagi tauuuu...hahaha..
pictures taken a few minutes before kitorang bergerak pergi ke masjid..=) ambil berkat weh, ambil berkat..hahaha...
anyway, majlis sepatut start pukul 10.30 pagi but guess whattt??kitorang tunggu tok kadi tu sampai sejam lebih wehhh dia tak sampai sampai lagi..sampai lipgloss wan dah habis dia makan hahahaha mentang mentang lah lipgloss aii perisa strawberry dahsyat betul T________T...wan kan tak pakai mak andam jadi semua barang make up sumbang sorang sikit teeheee ~
tolong jangan nak dramatik sangat lah tudung coklat tu wehhhhh -______-"
anyway, pukul 11.30 lebih macam tu baru lah tok kadi tu datang and rupa rupanya dia baru je habiskan uruskan jenazah, ada kematian pagi tadi..that's why lambat sikit..ouh..
sepanjang nak tunggu tok kadi tu datang masjid...
suka gambar ni..wan nampak happy sangat =)
dan bermula lah khutbah nikah tu semua..time ni aku terpaksa tebalkan muka pergi duduk belakang tok kadi sebab nak tangkap gambar..hahaha..ok lah fine, bukan lah duduk betul, aku just berdiri belakang dia je..nasib tak tumpang duduk sebelah tok kadi cuitcuit dia sebab nak tolong sumbangkan suara bagi khutbah nikah sekali hahaha...
dan dengan sekali lafaz je Wan Nabilah dah selamat menjadi isteri kepada Ahmad..=)
Alhamdulillah, selamat semuanya =)
time ni kelakar sikit sebab diorang kan tak pernah nak bercinta apatah lagi BERPEGANGAN TANGAN SESAMA BUKAN MUHRIM so bila first time ahmad nak pegang kepala wan sebab dia nak baca doa, wan macam startled sekejap..terkejut sebab ahmad lelaki pertama yang pegang dia kot..hehe.. ;)
tahniah sahabat.. =)
seriously comel je tengok korang ni lah..hahaha
makan makan starts at 12 pm tapi since kitorang balik kejap settle barang semua and solat zohor semua plus boleh pulak semua nak TERTIDUR kan..hahaha..penat sangat macam masing masing pulak yang kahwin pagi tadi kan..end up sampai lambat wuhuhuhu =(

tak sempat nak tengok diorang potong kek plus makan beradab tu semua..tu lah, siapa suruh tertidur wehh! baiklah, imbuhan ter tu menunjukkan perbuatan yang tidak disengajakan jadi maksudnya takda siapa yang suruh pun wawa sila berhenti membebel -_____-"
jadi kitorang lah menyibuk snap picture atas pelamin mengalahkan pengantin kann...
sudah sudah lah tu sila turun dari pelamin tuuuuu!!!!! jerit mak pengantin kepada budak atas ni...hehehe, gurau je aunty jangan marah =P
seriously time ni sebenarnya tengah panas terik tapi gigih nak snap picture jugak nasib baik suami wan tu sabar je melayan kerenah sahabat sahabat dia yang gilakan camera ni..-______-" sebenarnya dekat belakang kitorang ada makcik tu tengah tunggu nak salam pengantin..muka dia memang dah ketat dah time tu, aku syak dia mesti tengah tahan meluat tunggu kitorang tangkap gambar tak habis habis lagi..hehehe...
apa pun, tahniah sekali lagi buat sahabat Wan Nabilah dan pasangannya Ahmad sebab menjadi orang pertama dalam batch kami yang melangsungkan perkahwinan serta secara tidak langsung menyemarakkan lagi perasaan berkobar kobar sahabat yang lain untuk kahwin muda..(kan mya-wahanim-che'ah-izyan-pah-yan-farina-sadiqa-onah-amalina-meiyr-ala?hahaha..)aku nampak budak laki ada yang pergi sembang sembang dengan ahmad mesti nak mintak tips lettewwww....
tak apa lah, benda yang baik buat apa nak ditangguhkan betul tak?tapi yang penting, korang dah bersedia dan mampu untuk pikul tanggungjawab tu semua lah sebab benda ni bukan boleh buat main wehhh..
Firman Allah swt:
"Dan di antara tanda -tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir' (Ar-Rum : 21)












2 comments:
tahniah kpd kak wan nabilah.. smoga bahagia sampai ke syurga..
*tuan blog bila lagi?* hehe
T__T xdpt nk mghadirkan diri..moga dao aku hadir kat sana :) thnx wawa buat post ni :D sgt thibur..hilang rasa rindu pd kwn2..rindu sgtttt ;__;
Post a Comment